Days
Hours
Minutes
Seconds
Days
Hours
Minutes
Seconds

Seminar Antarabangsa Pengajian Islam

"Sunnah dalam Menghadapi Cabaran Kontemporari"

28-29 Ogos

Di Bawah Naungan

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis (Tuanku Canselor Kuips)

PENGANJUR :

UIM logo

Latar Belakang

Ini adalah seminar julung kali yang diadakan dengan kerjasama antara Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bersama Jabatan Mufti Perlis & Universiti Islam Malaysia. Ia adalah wadah untuk ahli akademik, pensyarah dan pelajar pascasiswazah untuk berkongsi hasil kajian pada topik berkaitan, dengan objektif besar yang berikut.

Objektif

  • Membahaskan cabaran kontemporari yang dihadapi oleh Sunnah Nabawiyyah dalam segenap penjuru.
  • Mengenal pasti sebab-sebab kemunculan cabaran-cabaran ini dan memperjelaskan realiti mereka.
  • Menimbulkan kesedaran umat tentang cabaran-cabaran ini dan mengetengahkannya kepada mereka sebagai maklumat yang wajar diketahui.
  • Menjelaskan peranan Sunnah dan ulama’nya dalam mempertahankan kemurnian Islam terutama dalam beberapa peristiwa bersejarah yang penting.
  • Berusaha mencari satu tatacara untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dan cara mengatasinya.
audience-people-room-2
  • Mengenal pasti kaedah terbaik untuk menghadapi cabaran-tersebut, dan tahap keberkesanannya.
  • Mengutarakan peranan kerajaan Muslim dan cendekiawan ummah dalam menghadapi cabaran-cabaran ini.

Skop

  • 1. Cabaran kontemporari yang dihadapi oleh Sunnah Nabawiyyah
  • 1.1. Cabaran yang dituju pada keperibadian Rasulullah saw.
  • 1.2. Cabaran dan keraguan yang ditujukan pada hadis, nas dan penulisannya.
  • 1.3. Cabaran yang ditujukan kepada ahli hadis, individu dan institusi
  • 1. 4. Mempertahankan Sunnah secara menyeluruh, dan ulama’ yang terpercaya.
  • 2. Peranan Sunnah dalam perkembangan ilmu.
  • 2.1. Peranan sunnah dalam Pengajian Islam (Aqidah/ Dakwah/ Kebudayaan Islam/ Fiqh/ Usul Fiqh / Perundangan dan Siyasah Syar’iyyah / Tafsir/ Ulum Quran / Qiraat/ Tajwid... dan lain-lain).
  • 2.2. Peranan Sunnah untuk perkembangan Bahasa Arab.
icis_conf
  • 2.3. Peranan Sunnah dalam bidang perubatan, sains, farmasi, kejuruteraan dan lain-lain.
  • 2.4. Peranan Sunnah dalam pengurusan, Muamalat dan perakaunan.
  • 3. Peranan Sunnah untuk masyarakat.
  • 3.1. Peranan Sunnah dalam politik, kebudayaan dan sosial.
  • 3.2. Peranan Sunnah dalam pendidikan dan kepimpinan
  • Tempat Seminar: Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Perlis, Malaysia.
  • Penganjur: Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di bawah naungan Jabatan Mufti Perlis

Syarat Penyertaan

  1. Sesuai dengan tema seminar.
  2. Abstrak dihantar kurang daripada satu halaman; dengan menyentuh tentang hipotesis, struktur, kepentingan, objektif, metodologi serta hasil yang dijangka.
  3. Penyelidikan hendaklah berintegriti, berkualiti dan mengikut metodologi ilmu, selain mempunyai bahasa yang memuaskan.
  4. Penyelidikan itu tidak boleh telah diterbitkan atau diserahkan kepada pihak lain.
  5. Ditulis dalam muka pertama tajuk kajian, nama penyelidik, gelaran akademik dan institusinya.
  6. Keseluruhan kertas penyelidikan tidak melebihi 25 halaman.
  7. Penerimaan tertakluk kepada timbang tara oleh Jawatankuasa Ilmiah muktamar
  8. Ditulis dalam Bahasa Melayu, Arab atau Inggeris.

KUIPS SDN BHD
BANK ISLAM
NOMBOR AKAUN : 09010010063946

– Tarikh persidangan: 28 – 29 Ogos 2019 (Rabu dan Khamis)
– Tarikh akhir untuk penerimaan abstrak: 30 Mei 2019.
– Tarikh akhir untuk penerimaan abstrak: 30 Mei 2019.
– Tarikh akhir untuk maklumbalas penerimaan abstrak: 10 Jun, 2019.
– Tarikh akhir untuk menerima kertas penuh penyelidikan: 15 Julai 2019.
– Tarikh akhir pembayaran pakej early birds (pendaftaran awal): 30 Jun 2019

Bayaran

JENIS PENYERTAAN KADAR BAYARAN
TEMPATAN
ANTARABANGSA
Pembentang (pendaftaran awal)
RM200
USD100

Pembentang

RM250
USD150
Kehadiran tanpa kertas kajian
RM100
USD50
Kertas kajian tanpa pembentangan
RM100
USD50

Pelajar

RM100
USD50

Bayaran Merangkumi

  • Penerbitan yang merangkumi abstrak dalam bentuk buku serta kertas penyelidikan penuh dalam bentuk CD.
  • CD yang mengandungi semua kertas penyelidikan ICIS2019 bersama beg seminar dan makanan semasa seminar.
  • Penerbitan kertas penyelidikan terpilih untuk Jurnal Antarabangsa dalam Pengajian Qur’an dan Sunnah, KUIPs.
  • Catatan: Bayaran tidak merangkumi kos tempat tinggal dan pengangkutan.

Sertai Sekarang!

Abstrak dihantar ke e-mel seminar :

E-Mel

ICIS@kuips.edu.my

No. Telefon

Bahasa Arab :

Bahasa Inggeris :

Bahasa Melayu :

00601139444515

019-550 4042

016-442 3674